Penolong Kanan Penguasa Bomba Kuala Lumpur M. Letchumanan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kewujudan asap terkumpul di unit itu pada kira-kira 12 tengah hari dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.
Bagaimanapun katanya penghuni rumah berkenaan telah meninggalkan tempat kejadian sebelum pihak bomba sampai.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Wan Abdullah Ishak berkata, sekumpulan individu yang terdiri antara tiga dan lima lelaki warga tempatan cuba memproses syabu di unit kediaman tersebut.
Namun percubaan mereka gagal sehingga membawa kepada kewujudan asap terkumpul di unit tersebut.
"Kami telah mengenal pasti dua hingga tiga suspek selepas menyaksikan rakaman kamera litar tertutup di kodominium tersebut.
"Suspek dipercayai menyewa unit kediaman itu kira-kira dua hingga tiga minggu dan kad akses didaftarkan dibawah nama salah seorang suspek.
"Semasa pemeriksaan kami mendapati peralatan yang digunakan untuk kegiatan itu tidak mencukupi," katanya.
Wan Abdullah berkata pasukan forensik polis sedang menentukan jumlah sebenar dadah yang berada di unit kediaman itu.
Suspek dikatakan berjaya membawa bersama dadah semasa melarikan diri dari kondominium tersebut.