suria

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang sedang memburu empat lelaki dipercayai suspek kes seorang ahli perniagaan diserang manakala rakan wanitanya diculik dan dirogol ketika sedang berehat di hentian Jambatan Pulau Pinang pada awal pagi Ahad lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Polis Negeri Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan berkata pihak polis juga sedang mendapatkan maklumat tambahan berhubung kes itu.

"Polis sudah ada maklumat dan sedang dapatkan maklumat tambahan, ada banyak perkara yang boleh membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi itu, lelaki yang berumur 46 tahun itu bersama seorang kawan wanita warga asing berumur 22 tahun, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Seberang Perai sebelum diserang kumpulan berkenaan ketika berehat di hentian jambatan itu.

Suspek pada mulanya ingin bertanya berkenaan arah jalan telah menyerang mangsa lelaki sebelum menyamun dan menculik kawan wanita bersama-sama kereta Hyundai Elantra milik mangsa.

Katanya keempat-empat suspek berusia antara 20 hingga 30 tahun itu turut melarikan dompet, telefon bimbit, wang tunai lebih kurang RM1,000 dan peralatan berharga milik mangsa.

Polis, Pulau Pinang