"Saya berharap jawatankuasa itu bukan sekadar memberikan idea mengenai polisi semata-mata sebaliknya mereka juga boleh mengemukakan cadangan melalui kebimbangan yang dikemukakan oleh rakyat Malaysia.
"Pihak kementerian kini sedang menyusun semula Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi dan kami berharap untuk melancarkan pelan tersebut menjelang akhir tahun ini," katanya dalam ketika berucap sebelum menyampaikan surat pelantikan kepada anggota jawatankuasa di bangunan kementerian di sini, Selasa.
Anggota lain yang turut dilantik menganggotai jawatankuasa tersebut ialah Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid yang akan bertindak sebagai timbalan pengerusi, Tan Sri Napsiah Omar; Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Datuk Shamsuddin Bardan; Datuk Mohammad Medan Abdullah; Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah; Prof Datuk Dr Teo Kok Seong; Datuk Dr Denison Jayasooria; dan Datin Ong Guan Siew.
NEAC telah ditubuhkan pada 2010.