Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata fokus pasukan penyiasat ketika ini bukan sahaja mencari bahan bukti tetapi mencari baki mangsa nahas dan pengurusan jenazah kerana waris sudah menunggu untuk proses berkenaan.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas sejurus tiba dari Ukraine di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA ) di sini, pada Rabu.