PETALING JAYA: Pasukan Malaysia yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan penyiasatannya di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, pada Rabu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, pasukan itu menjejaki kokpit pesawat dan melakukan pemeriksaan terhadap semua bukti yang ada. Terdapat bau busuk daripada penguraian dilaporkan dalam kokpit itu tetapi tiada mayat atau barangan milik mangsa ditemui, kata Zahid. Pada pukul 7.30 pagi Selasa, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bersama 13 pegawai polis dan pasukan penyiasat dari Belanda dan Australia menuju ke lokasi nahas. Pasukan itu melaporkan terdapat serangan antara puak perselihan di kawasan nahas tetapi melihat keadaan itu tidak begitu tegang berbanding hari sebelumnya. Pasukan Malaysia yang tiba di Pangkalan Operasi Hadapan (FOB), Solidar pada malam Isnin, terhalang dengan begitu banyak sekatan jalan raya yang dilakukan oleh tentera Ukraine. Perjalanan untuk ke lokasi nahas mengambil masa sejam dari pangkalan itu. Penyiasatan diteruskan pada pukul 7.30 pagi Rabu. Pesawat MH17 yang membawa seramai 298 penumpang dan anak kapal, dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.