suria

Krisis MB Selangor: Khalid Hantar Notis Bantah Mesyuarat MPP PKR

Abdul Khalid Ibrahim.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menghantar notis peringatan melalui peguamnya untuk membantah mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada pukul 4 petang Sabtu.

Notis dari peguam Khalid, Edmond Bon dihantar kepada Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, pagi Sabtu.

Dalam notis tersebut, Khalid menyatakan, mesyuarat MPP tidak patut diadakan kerana beliau tidak hadir pada sesi pendengaran lembaga disiplin parti.

Mesyuarat itu diadakan untuk membincangkan mengenai status Khalid sebagai Menteri Besar.

Sementara itu, bekas setiausaha politik Khalid, Faekah Husin berkata lembaga disiplin tidak boleh membincangkan perkara tersebut kerana beberapa pemimpin yang menghadiri mesyuarat tersebut berminat untuk menyingkirkan Menteri Besar Selangor itu.

Faekah berkata, notis tersebut turut meminta Tan untuk menjelaskan dakwaan terhadap Khalid dan lima isu tambahan yang dibangkitkan dalam surat yang dihantar oleh lembaga disiplin kepadanya (Khalid).

Abdul Khalid Ibrahim, PKR

Artikel Lain