suria

Pemandu Ambulans Cedera Dalam Kemalangan

KOTA KINABALU: Seorang pemandu ambulans cedera parah apabila kenderaan yang dipandunya itu bertembung dengan sebuah lori di daerah pedalaman Keningau.

Seorang pembantu perubatan yang berada di dalam ambulans, yang kemudian telah dipindahkan dari Toyota Land Cruiser itu juga mengalami kecederaan ringan dalam kejadian pada petang Jumaat.

Anggota bomba mengambil masa hampir 10 minit untuk menarik keluar pemandu yang cedera dari kenderaan pacuan empat roda yang rosak teruk itu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau Janil Jaya berkata, kereta bomba dengan enam anggota bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada pukul 2.37 petang.

Ambulan sedang menghala ke arah klinik kesihatan Kampung Mansiap, kira-kira 20km dari bandar Keningau, manakala lori balak itu datang dari arah bertentangan.

Tiba-tiba, pemandu lori itu hilang kawalan terhadap kenderaannya dan terbabas ke laluan bertentangan menyebabkan berlakunya kemalangan. 

Polis kini memburu pemandu lori yang melarikan diri selepas kejadian itu.
ambulans, pemandu ambulans

Artikel Berikut

Artikel Lain