suria

Ahli Politik Kritik Khalid Pertahan Kerusi MB

Abdul Khalid Ibrahim
PETALING JAYA: Ahli-ahli politik pembangkang dengan lantang telah menyuarakan pendapat mereka terhadap tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang masih mempertahankan jawatannya walaupun telah dipecat dari PKR pada hari Sabtu. 

"Saya terkejut. Beliau kini adalah adalah pemimpin tanpa parti. Mandat parti mana yang dipegangnya sekarang? Sultan sepatutnya berunding dengan parti-parti lain juga. Keseluruhan yang berlaku nampak seperti tidak kena. Apakah asas kepada keputusan seperti itu?," kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

"Kami perlu tunggu dan lihat apa yang pemimpin parti sedia lakukan. Kami akan menunggu. Beliau merupakan pemimpin tanpa parti, jadi mandat yang mana yang akan dilaksana sebagai menteri besar?" katanya.

Pandangan yang sama dikongsi oleh Ahli Parlimen Sungai Siput (PSM), Michael Jeyakumar yang mengatakan bahawa adalah "sangat sedih" apabila keadaan di Selangor berlaku seperti ini.

"Saya rasa sangat sedih apabila berlaku keadaan ini, kerana kita mahu menguruskan negeri dengan cara yang memberi keyakinan kepada rakyat terhadap Pakatan Rakyat dan ini pasti tidak dapat ditunjukkan. Ia sangat menyedihkan kerana kita perlu mengubah kerajaan. Adalah menyedihkan apabila melihat alternatif terbaik yang ada tidak dapat dilaksanakan," kata Jeyakumar.

Pada Isnin, selepas bertemu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Khalid berkata beliau akan kekal sebagai menteri besar, dan mana-mana exco yang enggan bekerja dengannya boleh meletakkan jawatan. 

"Saya akan terus menjalankan tanggungjawab dan jika mereka (exco) tidak setuju dengan saya, mereka yang patut pergi,"" Khalid berkata. 

Sementara itu Setiausaha Agung PSM S. Arutchelvan, berkata isu itu harus diselesaikan oleh Pakatan Rakyat, jika tidak pilihan raya negeri perlu dipanggil.

"Seorang menteri besar tidak boleh mentadbir negeri ini dengan sokongan minoriti, oleh itu adalah penting bagi DUN untuk duduk dan memeriksa sokongan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain