suria

Lelaki Maut Ketika Diurut Di Pusat Refleksologi

MIRI: Seorang pelanggan lelaki meninggal dunia ketika sedang diurut di sebuah pusat refleksologi di sini, lewat malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee berkata dalam kejadian 12.01 malam itu, Yap Kien Bun, 41, berasal dari Perak dikatakan tidak sedarkan diri semasa badannya diurut di pusat berkenaan.

Katanya, usaha menyelamatkan mangsa dilakukan pekerja pusat berkenaan namun gagal sebelum menghubungi Hospital Miri.

"Pasukan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya pada Isnin.

"Pemeriksaan mendapati tiada kecederaan atau kesan luka dikesan pada tubuh mangsa dan mayat dihantar ke Hospital Miri," katanya.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.

Miri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain