"Oleh kerana jawatan menteri besar adalah sangat penting, para pemimpin Pakatan Rakyat perlu mengemukakan bukti salah laku kepada pihak berkuasa yang berkaitan," kata setiausaha MCA Selangor Ng Chok Sin kepada pemberita selepas membuat laporan polis mengenai perkara itu di balai polis daerah Shah Alam, Isnin.
Tambahnya, beliau berharap pihak berkuasa akan menyiasat dakwaan tersebut.
Minggu lalu, PKR mengeluarkan pendedahan 91 muka surat yang memperincikan dakwaan salah laku Khalid dan kedudukannya dipersoalkan.
Parti itu juga mendakwa bahawa Khalid telah gagal untuk menjelaskan hutang RM70 juta dengan Bank Islam yang telah diselesaikan di luar mahkamah.