suria

Krisis MB Selangor: Pakatan Perlu Tunjuk Kejelasan Segera

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat perlu sedar perasaan rakyat Selangor yang sudah bosan dengan krisis melibatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Pengasas Bersama Negara-Ku, Datuk Ambiga Sreenevasan. 

"Pakatan harus sedar bahawa ramai rakyat di Selangor benar-benar bosan dengan krisis ini. Mereka perlukan tunjukkan kejelasan segera," kata Ambiga dalam satu tweet yang dipaparkan di akaun Twitter beliau, Ambiga_S , Isnin. 

Tweet beliau menerima banyak sokongan, setelah 'diulang tweet' sebanyak 35 kali sehingga jam 4.10 petang, dengan 10 tweet membalas jawapan kepada tweetnya terdahulu. 

"Sebagai rakyat Selangor kita telah dimainkan. Ketika pilihan raya mendakwa akan menjadi sebuah pasukan impian. Sekarang sudah berada 'sebantal' tetapi dengan impian yang berbeza," kata edmund_hawee.

Seorang lagi pengguna Twitter, dupubird berkata; "Apa yang dikatakan Ambiga benar, bersetuju, rakyat Selangor yang rugi bukan parti-parti politik, kita kerugian masa ke arah peningkatan dan pembangunan."

Namun, pengguna yang lain seperti @iqbalabd berkata apa yang diperlukan bukan satu kejelasan tetapi ahli-ahli politik Pakatan harus menghentikan permainan dan menjalankan tugas mereka. 

Khalid telah dipecat dari PKR Sabtu lepas berikutan keengganan beliau untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar bagi membuka jalan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang seterusnya.

Ini berikutan dakwaan wujudnya masalah dalam penstrukturan semula air di Selangor, kenaikan elaun Menteri Besar, kenaikan cukai lesen perniagaan dan kontroversi Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Sementara itu, dalam SMS kepada The Star Online, Ambiga menjelaskan apa yang dimaksudkan beliau adalah, ramai rakyat di Selangor memerlukan perkara ini diperjelaskan segera. 

"Saya bermaksud PAS perlu bertindak menyatakan pendirian mereka bersama dan tidak membiarkan orang ramai menunggu keputusannya. Krisis ini memenatkan dan meletihkan. Mereka tidak boleh menganggap rakyat dapat bersabar," katanya.
krisis MB Selangor, Datuk Ambiga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain