suria

Khalid Hanya MB Peralihan - Exco PKR, DAP

SHAH ALAM: Barisan exco Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP hanya mengiktiraf Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dalam peralihan, sehingga Pakatan Rakyat (PR) memilih pengganti beliau.

Jelas mereka, Khalid tidak boleh membuat sebarang keputusan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tanpa melalui proses undian.

"Sebarang keputusan perlulah diundi supaya fungsi Khalid dihadkan kepada kapasiti peralihan," kata mereka dalam satu kenyataan bersama pada Selasa.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh enam ahli exco dari DAP dan PKR iaitu Datuk Teng Chang Khim, Rodziah Ismail, Ean Yong Hian Wah, Wong Keat Ping, Dr Daroyah Alwi dan Ganabatirau Veraman.

Menurut kenyataan itu, mereka tidak akan bertemu Khalid hari ini (Selasa) untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukannya serta pendirian parti masing-masing.

"Sebagai menghormati kehendak rakyat dan titah Sultan Selangor, kami akan terus menjalankan tugas harian sehinggalah seorang menteri besar baharu dari Pakatan Rakyat dilantik menggantikan Khalid," kata mereka.

Namun, mereka akan menggunakan kaedah yang menepati Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan kerajaan Selangor kepada PR yang dipilih rakyat.

PR, PKR, DAP, Menteri Besar Selangor

Artikel Lain