suria

Najib Ucap Tahniah Kepada Erdogan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan kerana memenangi pilihan raya Presiden negara itu yang pertama kali dibuat secara langsung pada Ahad.

"Tahniah Erdogan kerana menang pilihan raya Presiden. Malaysia berharap hubungan lebih baik dan lebih strategik dengan Turki," katanya dalam akaun Twitter beliau, Selasa.

Dilaporkan Erdogan yang menjadi perdana menteri sejak 2003 memperoleh kira-kira 52 peratus undi untuk dipilih menjadi presiden Turki ke-12.

Beliau dijangka mula memegang jawatan pada 28 Ogos ini.


Artikel Berikut

Kem Azmin 'Kuasai' PKR

Artikel Lain