PUTRAJAYA: Mayat seorang bayi perempuan lengkap dengan tali pusat ditemui dalam keadaan bogel di dalam longkang sedalam satu meter di Taman Seri Sungai Pelek, Sepang, Khamis. Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendent Mohd Yusoff Awang berkata mayat bayi itu ditemui seorang lelaki berusia berumur 52 tahun di dalam longkang di belakang rumahnya kira-kira pukul 9.10 pagi. "Ketika ditemui bayi itu cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan berdasarkan tali pusat yang masa ada," katanya.. Beliau berkata pemeriksaan pada bayi berkulit cerah itu terdapat kesan calar pada dahinya dipercayai akibat dicampak ke dalam longkang tersebut. Katanya mayat bayi itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi.