suria

MH17: 127 Mayat Mangsa Telah Dikenal Pasti

THE HAGUE: Pakar forensik Belanda telah mengenal pasti seramai 127 mangsa nahas pesawat penerbangan MH17 yang ditembak jatuh, dengan 20 nama-nama baharu dikeluarkan kepada keluarga dan waris, kata penyiar kebangsaan Belanda.

"Daripada 20 nama yang dikeluarkan, 15 daripadanya adalah rakyat Belanda. Kerakyatan lain daripada mangsa tidak didedahkan," kata NOS di laman webnya, Rabu.

Pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 meletup di ruang udara dikuasai pemberontak di timur Ukraine pada 17 Julai, membunuh kesemua 298 di atas kapal, 193 daripadanya dalah rakyat Belanda.

Barat menuduh pemisah Rusia melakukan tembakan menggunakan peluru berpandu permukaan dan Moscow menyalahkan Kiev.

Pencarian mayat-mayat dihentikan seminggu yang lalu kerana peningkatan pertempuran antara pemberontak Kiev dan pro-Moscow tetapi kerajaan Belanda berharap untuk kembali sekiranya keadaan bertambah baik.

Pada Isnin, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott dan rakan sejawatannya dari Belanda Mark Rutte berikrar mendapatkan keadilan untuk mangsa MH17 dengan berkata siasatan akan diteruskan untuk mencari mereka yang bertanggungjawab.

Australia hilang 38 rakyat dan penduduk dalam nahas itu.

Penyiasat nahas udara Belanda berkata mereka menjangkakan akan mengeluarkan laporan awal berhubung punca MH17 terhempas dalam masa beberapa minggu."
Mh17, mayat, Belanda

Artikel Lain