Mangsa ditemui oleh pelanggan di stesen minyak yang melihat dua lelaki sedang 'tidur' di dalam kereta dalam keadaan enjin tidak dimatikan kira-kira pukul 7.30 malam Jumaat.
Mereka kemudian menghubungi polis selepas gagal untuk mengejutkan kedua-dua mangsa.
Dipercayai mangsa mengalami keracunan karbon monoksida.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.