SHAH ALAM: Keputusan mesyuarat jawatankuasa PAS pusat mengenai krisis menteri besar Selangor adalah 'sangat penting' untuk memutuskan masa depan Pakatan Rakyat (PR), kata salah seorang Exco yang dipecat, Datuk Teng Chang Khim. Enggan mengulas lanjut sekiranya gabungan itu mungkin berpecah jika PAS menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, Chang Khim berkata jika itu berlaku, PR akan menghadapi "kesan drastik". "Saya tidak boleh meramalkan apa yang akan berlaku tetapi ia akan menjadi ujian kesetiaan yang serius untuk PAS," katanya pada Ahad.