Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu berikutan pendirian Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR untuk kekal menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal yang dicadangkan PKR sebelum ini.
"Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan parti (PKR) untuk menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu Selangor.
"Maka dengan ini Pakatan Rakyat akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan ini kepada Tuanku Sultan Selangor," katanya pada sidang media di sini, Ahad.
Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, parti itu akur dengan keputusan untuk hanya menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar.
"Setelah bermesyuarat, YB Azmin patuhi partinya. Jadi kita akan teruskan (sokong Dr Wan Azizah)," katanya ringkas.