Seramai 10 petugas pasukan itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Amsterdam pada 6.30 pagi Isnin, menurut laman Facebook Kementerian Kesihatan.
"Selamat pulang ke tanah air. Tanggungjawab yang anda galas amat berat namun syabas kerana melaksanakannya dengan penuh amanah," kata Najib dalam catatan terbaru di laman Facebook beliau.
Beliau turut berkongsi pautan dengan Facebook Kementerian Kesihatan yang memaparkan gambar-gambar kepulangan pasukan itu yang disambut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Pasukan itu berada di Amsterdam bagi membantu pasukan antarabangsa mengenal pasti identiti mangsa nahas pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Pada 10 Ogos lepas, 11 anggota pasukan DVI Polis Diraja Malaysia tiba di KLIA.