"Saya menggesa sesiapa saja untuk mengetepikan segalanya - warna kulit, agama, politik - hanya untuk sehari. Marilah kita bersama-sama dan memberi penghormatan kepada mereka," katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa akan dibahagikan kepada dua kumpulan.
Kumpulan pertama akan dikebumikan di sini.
"Kumpulan kedua akan diterbangkan menggunakan dua pesawat C-130 dan lima helikopter Nuri untuk dikebumikan di negeri masing-masing. Pemimpin di negeri masing-masing akan menerima mayat sebaik tiba di sana.
"Setiap pesawat akan membawa satu mayat," katanya.