GEORGE TOWN: Polis sedang memburu enam lagi peserta pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi, Balik Pulau. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata sembilan individu telah direman setakat ini. "Daripada enam yang dikehendaki, salah seorang daripadanya adalah rakyat Malaysia, manakala selebihnya warga asing. "Kami akan bekerjasama dengan Interpol untuk mengesan mereka," katanya selepas menghadiri sambutan Hari Raya bersama Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Polis Marin di Unit 3, FRU di Air Itam pada Selasa. Semua kesembilan individu yang ditahan dibebaskan dengan jaminan polis. Secara keseluruhannya, 29 keterangan daripada pegawai taman sehinggalah beberapa saksi berjaya dirakamkan.