Serangan itu berlaku pekan China Town, di pusat bandar Miri kira-kira pukul 3.30 petang ketika orang ramai sibuk menjalankan urusan masing-masing.
Sumber berkata, kedua-dua wanita berkenaan diserang selepas mereka keluar dari kereta di luar pintu masuk utama bank.
Kedua-dua wanita itu menjerit apabila penyerang, yang memakai topi keledar bertutup penuh cuba merampas beg yang dipenuhi wang tunai daripada mereka.
Difahamkan ahli keluarga yang berada di dalam kereta itu berjaya menakutkan penyerang dengan menekan hon kereta berulang kali.
Kedua-dua wanita itu kemudian digegaskan oleh ahli keluarga mereka ke sebuah klinik berdekatan untuk mendapatkan bantuan sebelum membuat laporan polis.
Sehingga Selasa, tiada suspek berjaya ditahan.