KUALA LUMPUR: Beberapa buah komputer milik pegawai tertinggi agensi kerajaan yang terlibat dalam penyiasatan MH370 didakwa telah digodam dan maklumatnya dicuri. Maklumat yang dicuri didakwa dihantar ke China sebelum transmisi itu disekat manakala komputer terlibat dimatikan serta-merta oleh CyberSecurity yang merupakan agensi dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Pakar keselamatan negara siber mendedahkan, satu perisian (malware) canggih digunakan dan menyamar sebagai artikel berita melaporkan tentang kehilangan Boeing 777 telah dijumpai, email dihantar kepada pegawai-pegawai pada 9 Mac, sehari selepas pesawat Malaysia Airlines hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Turut dilampirkan dalam email tersebut seperti dokumen dengan format PDF dan perisian tersebut akan mengeluarkan virus apabila pengguna menekan butang klik padanya. Satu sumber memberitahu kepada The Star, pegawai-pegawai di Jabatan Penerbangan Awam, Majlis Keselamatan Negara dan Malaysia Airlines adalah antara yang disasarkan oleh penggodam. "Kami menerima laporan daripada pentadbir agensi memberitahu rangkaian mereka sesak dengan e-mail pengguna," kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity, Dr Amirudin Abdul Wahab. "Sebahagian email yang ada dalam komputer pegawai-pegawai ini adalah data sulit termasuk minit mesyuarat dan dokumen penting. Sebahagian daripadanya berkaitan dengan siasatan MH370. "Kira-kira 30 komputer diserang malware," kata CyberSecurity. Perisian telah dihantar ke satu IP (Internet Protocol) di China dan memberitahu kepada pembekal perkhidmatan internet di rantau itu supaya menyekatnya. "Ia adalah satu perisian yang sempurna dan program antivirus tidak dapat mengesannya. Ia adalah sesuatu yang amat canggih," jelas Amirudin. Pihaknya agensi dan polis kini bekerjasama dengan Interpol mengenai kejadian itu. Malaysia mengesyaki penggodam ini mencuri maklumat siasatan MH370. "Pada masa ini, terdapat beberapa pihak menuduh kerajaan tidak telus dalam memberi maklumat penting. "Tetapi segala-galanya mengenai penyiasatan itu telah didedahkan," jelas Amirudin. Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal dilaporkan hilang pada 8 Mac kira-kira 45 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Penerbangan itu kemudian dilaporkan berakhir di Lautan Hindi manakala usaha mengesannya masih diteruskan sehingga hari ini.