suria

MH17: Jenazah Dua Lagi Mangsa Disahkan Tiba Ahad Ini

Tiong Lai (dua dari kiri) dan Datuk Wee Ka Siong (tiga dari kiri) memberi penghormatan terakhir kepada mangsa nahas MH17 di Pusat Peringatan Nirvana pada Jumaat.
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya dua lagi jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat MH17 akan tiba di tanah air, Ahad ini.


Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada sidang media di Pusat Peringatan Nirvana di sini, Jumaat.


Beliau berkata, ketika ini juga, kerajaan sedang menunggu kebenaran pihak berkuasa Belanda untuk mengeluarkan jenazah seorang lagi mangsa tragedi berkenaan.

Katanya, maklumat lanjut berhubung identiti mangsa terbabit akan diumumkan pada Sabtu ini.

"Kumpulan kedua akan tiba pada Ahad, 24 Ogos. Diharap tiga jenazah akan dibawa pulang, bagaimanapun kita hanya dapat mengumumkan maklumat terperinci mengenainya pada Sabtu kerana beberapa dokumentasi perlu dilengkapkan terlebih dahulu," katanya.


 

Artikel Lain