suria

Senarai Penumpang MH17 & Latar Belakang

BERIKUT adalah senarai penumpang MH17 dan latar belakang:


Paul Rajasingam Sivagnanam (L) 

Mabel Anthonysamy (P) 

Matthew Yehezkiel Sivagnanam (L) 

Paul Rajasingam Sivagnanam

- Eksekutif IT berkhidmat dengan Shell Malaysia, terbang bersama isterinya Mabel dan anak Matthew Yehezkiel, 10 tahun.


Tambi Jiee (L) 

Ariza Ghazalee (P) 

Mohd Afif Tambi (L) 

Mohd Afruz Tambi (L) 

Mohd Afzal Tambi (L) 

Marsha Azmeena Tambi (P) 

Tambi Jiee

Berumur 49 tahun, dari Sarawak, bersama isterinya Ariza Ghazalee, 47, dan empat orang anaknya, Mohd Afif, 19, Mohd Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Mohd Afruz, 13, dalam perjalanan pulang dari Kazakhstan transit melalui Amsterdam.
Keluarga ini pulang dari Kazakhstan, untuk menetap di Malaysia di mana sebelum itu Tambi telah bertugas selama kira-kira tiga tahun sebagai pekerja Shell.

Shaliza Zaina Dewa (P) 

Saudara kepada penyanyi tempatan Hattan, Shaliza Zaina, 45, telah menetap di Melbourne dengan suaminya, rakyat Belanda dan dikurniakan tiga anak berusia lapan, 12 dan 15 tahun. Pulang dari bercuti di Belanda, Shaliza dan keluarganya telah merancang untuk singgah di Kajang, Selangor, selama seminggu bagi meraikan Hari Raya bersama keluarganya sebelum kembali ke Australia. 

Subashini Jeyaretnam (P) 

Kaela Maya Jay Goes (P) 

Subashini, yang lebih dikenali sebagai Shuba Jaya, aktres seni persembahan dari Kuala Lumpur bersama suaminya Paul Goes dari Belanda dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas membawa anak perempuan mereka Kaela, berusia 21 bulan, melawat nenek dan datuknya di Belanda untuk pertama kalinya.


Karamjit Singh Karnail Singh (L) 

Karamjit adalah penasihat keselamatan yang berkhidmat dengan syarikat ExxonMobil. Dia telah berkhidmat di pelantar minyak Usan di Nigeria. Karamjit, 54, sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Mohd Ali Mohd Salim (L) 

Mohd Ali Mohd Salim, 30, telah melanjutkan pelajaran dan sedang menyiapkan tesis dalam bidang Pengajian Psikologi peringkat doktor falsafah (PhD) di Amsterdam. Abangnya Mohd Zaki berkata Ali "sangat teruja untuk kembali menyambut hari raya bersama keluarga." Dia dijadualkan bertugas di Universiti Sains Malaysia pada tahun depan selepas menamatkan ijazah kedoktoran. 


Meling Mula (L) 

Meling Mula, 48, telah berjanji untuk membawa isteri dan tiga anaknya bercuti selepas pulang bertugas di luar negara. Anak sulungnya, Maryline Sindun, berkata bapanya meletakkan kepentingan yang besar terhadap pendidikan. 

Ng Qing Zhen (L) 

Ng merupakan seorang jurutera dari Shah Alam yang menaiki MH17 selepas lawatan kerja ke Amsterdam. Dia telah mengubah penerbangan pada saat-saat akhir untuk pulang ke rumah lebih awal, setelah pada asalnya merancang untuk terbang ke Singapura dan kemudian ke Kuala Lumpur. Dia adalah seorang anak tunggal dan meninggalkan seorang isteri dan seorang anak lelaki berusia empat tahun. 

Ng Shi Ing (P) 

Benjamin Lee Jian Han (L) 

Elisabeth Ng Lye Ti (P) 

Pakar akademik dalam pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua terbang ke Belgium untuk menghadiri satu persidangan mengenai pembelajaran bahasa. Dia juga sedang mengkaji kemungkinan mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah di University of Antwerp. Pada 5 Julai, dia pergi ke Eropah dengan anak lelaki berusia setahun, Benjamin dan kakaknya berusia 33 tahun.

Rahimmah Noor (P) 

Rahimmah, 67, tinggal di Geneva selama kira-kira 30 tahun dan telah merancang bercuti selama enam minggu bagi menyambut Hari Raya bersama keluarganya di sini.

Hasni Hardi Parlan (L) 

Jurutera syarikat minyak dan gas ini bersifat penyayang yang akan menghubungi keluarganya tidak kira di mana dia ditugaskan. Berusia 32 tahun, dia gemar makan ayam masak merah dan sedang dalam perjalanan pulang untuk menghabiskan masa selama beberapa bulan dengan keluarganya.

Datin Kaushalya Jairamdass Punjabi (P) 

Lebih dikenali sebagai Datin Priya Vijendran, dia merupakan seorang nenek yang dalam perjalanan pulang selepas menghabiskan masa hampir sebulan dengan dua cucunya, Chiara berusia tujuh tahun dan Leo berusia sembilan tahun, anak kepada anak keduanya, Sanjay yang tinggal di Lieden, Amsterdam.

Siti Amirah Parawira (P) 

Nenek tiri Datuk Seri Najib Tun Razak, Puan Sri Siti Amirah adalah antara mereka yang terbunuh. Menurut ahli keluarga, dia yang berusia 83 tahun terbang seorang diri untuk kembali ke Indonesia dari Amsterdam.

Siew Poh Tan (P) 

Wanita berusia 85 tahun terbang bersama anaknya Loh Yan Hwa dan menantunya Fan Shun Po, kedua-duanya mempunyai dua buah restoran, salah satu daripadanya adalah restoran Asian Glories, di Rotterdam, Belanda.

Elaine Teoh (P) 

Elaine Teoh berada di dalam pesawat malang bersama teman lelaki dari Belanda Emiel Mahler. Pasangan itu, kedua-duanya berusia 27 tahun, tinggal di Melbourne dan bekerja di sektor kewangan. 

Lee Ming Foo (L) 

Yau Chee Liew (L) 

Yeen Kiah Lee (P)

Artikel Berikut

Artikel Lain