"Beberapa kabel power line yang menghubungkan sistem bekalan tenaga juga dikesan terbakar pada 7.30 pagi tadi, namun kerosakan berjaya dibaiki sepenuhnya 9.30 pagi ini (Sabtu)," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata masalah itu di luar jangkaan dan tiada penumpang terlibat kerana operasi kereta api belum dimulakan sehingga keadaan dipastikan selamat.
Khoo berkata hujan lebat disusuli kilat petir melanda bandar ini antara 10 malam hingga 11 malam tadi turut menyebabkan berlaku gangguan elektrik di beberapa buah rumah sekitar Bukit Bendera.