Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia tidak dapat menjelaskan kepada media sama ada kain rentang gergasi yang mengucapkan tahniah atas kemenangan beliau mengetuai kepimpinan AMK dilakukan penyokong atau lawannya.
Sepanduk yang memaparkan gambar dan mesej kepada wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu digantung di empat penjuru Stadium Melawati iaitu lokasi kongres tahunan parti itu berlangsung.
"Jika pihak yang meletakkan sepanduk itu merupakan pihak lawan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka."Saya tidak pasti siapa yang menggantung sepanduk itu, namun saya berpendapat beberapa perwakilan masih dalam suasana pemilihan parti," katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Kumpulan berkenaan mendakwa tindakan itu sebagai tanda protes terhadap keputusan pemilihan yang tidak memihak kepada seorang lagi calon Ketua AMK, Amirudin Shari.
Dakwa mereka, wujud penipuan dalam pemilihan AMK di Cabang Pensiangan, Sabah yang akhirnya menyaksikan Nik Nazmi menang jawatan Ketua AMK.
Pada pemilihan AMK baru-baru ini, Nik Nazmi mengalahkan Amirudin dengan majoriti 250 undi.
Nik Nazmi memperoleh 4,509 undi, sementara Amirudin mendapat 4,259 undi.