"Usaha sedang diambil untuk mempercepatkan urusan membawa pulang semua mangsa," kata Dr Wee selepas memberi penghormatan terakhir kepada pramugari Chong Yee Pheng di rumahnya di First Garden, di sini, pagi Ahad.
Yee Pheng adalah antara 43 rakyat Malaysia yang terkorban ketika penerbangan MH17 yang berlepas dari Lapangan Terbang Schipol Amsterdam, ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang ditembak jatuh di Ukraine.
Dia adalah antara 20 jenazah dalam kumpulan pertama yang dibawa pulang pada Jumaat lepas.
Kumpulan kedua mangsa yang dibawa pulang melibatkan tiga mangsa, tiba Ahad, tetapi hanya dua daripada mangsa diberi istiadat ketenteraan.