Dalam kenyataannya, treler 51 tan itu tidak dapat mengelak daripada melanggar kereta di hadapannya dalam kejadian pukul 11 pagi semalam, berhampiran bulatan di Taman Billion.
"Akibat kemalangan itu, 12 segmen konkrit lapisan terowong jatuh dari treler ke jalan raya. Lori itu membawa 16 segmen konkrit," katanya.
Menurut kenyataan itu, material yang jatuh tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada sesiapa atau kerosakan, kecuali kereta di hadapan treler itu.
MRT Corp mengulangi bahawa bahan yang terjatuh tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada sesiapa.
MRT Corp berkata treler berkenaan dimilki kontraktor pengangkutan untuk projek MRT, Pakej Kerja Bawah Tanah Projek MRT MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd dan telah mengangkut segmen lapisan terowong ke Pudu.
Katanya, maklumat bahawa pemandu treler berusia 23 tahun meninggalkan tempat kemalangan itu adalah tidak benar.
Pemandu berkenaan terus berada di situ bersama penyelia tapak dalam operasi untuk mengalihkan segmen yang jatuh.
Dia juga telah melalui kursus induksi untuk mengangkut segmen yang telah dijalankan oleh MMC Gamuda terhadap semua pemandu lori.
Lokasi itu kemudian mengalami banjir kilat akibat hujan yang amat lebat bermula kira-kira pukul 3 petang.