suria

Pemandu Bas Maut, 10 Penumpang Cedera

IPOH: Seorang pemandu bas ekspres maut manakala 10 penumpang cedera ringan apabila kenderaan itu merempuh belakang sebuah lori di KM304.1 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara di sini, Isnin.

Dalam kejadian 5.55 pagi tadi, mangsa Mansor Shaari, 54, berasal dari Alor Setar, Kedah meninggal dunia di tempat kejadian manakala 10 penumpang lain termasuk pemandu kedua bas itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh itu hilang kawalan lalu merempuh belakang lori jenis Hino Profia yang membawa muatan seramik.

"Lori itu bergerak di lorong kiri jalan dan pada masa kejadian, keadaan jalan yang bersekolah itu licin kerana hujan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ipoj, Polis

Artikel Lain