suria

Pengerusi Negara-Ku Beri Keterangan Di ROS

Zaid Kamaruddin
PUTRAJAYA: Pengerusi 'Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia' (Negara-ku), Zaid Kamaruddin pada Rabu memberi keterangan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di sini berhubung laporan polis berkaitan entiti itu yang didakwa sebagai pertubuhan tidak berdaftar.

Beliau berada kira-kira dua jam di pejabat ROS sejak 10.50 pagi, ditemani penaung gerakan itu, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Zaid yang ditemui kemudian berkata hanya beliau dipanggil untuk memberi keterangan buat masa ini.

Dalam keterangannya Zaid berkata gerakan itu bukan sebuah pertubuhan yang perlu didaftarkan.

Katanya, beliau menyerahkan kepada siasatan ROS untuk menentukan sama ada gerakan itu melanggar undang-undang.

Ditanya mengenai nama Negara-Ku yang dianggap menimbulkan kontroversi, beliau berkata pihaknya tidak berhasrat mencipta kontroversi dengan menggunakan nama itu biarpun dari segi sebutan ia menyamai judul lagu kebangsaan.
Zaid Kamaruddin, ROS, Negara-Ku

Artikel Lain