Gambar tersebut, yang diambil bersama suami dan anak perempuannya telah digunakan untuk menggambarkan kekosongan tempat duduk penerbangan untuk laporan berita pada Jumaat lepas, bertajuk “Higher commissions, fewer passengers: The struggle to save Malaysia Airlines deepens”.
Dalam posting Instagram, Coombes menjelaskan bahawa gambar itu diambil sebelum penumpang lain menaiki pesawat MAS pada 18 Ogos.
"Terkejut melihat gambar ini di media! Bagi sesiapa yang pernah naik kapal terbang tahu, keluarga dan anak-anak akan naik terlebih dahulu, tempat duduk penerbangan itu tidak kosong, sebaliknya ia sebenarnya penuh," katanya melalui akaun @ping_coombes .
"Ia benar-benar menyedihkan apabila ucapan terima kasih kerana naik taraf yang telah ditawarkan digunakan untuk menyerang sebuah syarikat penerbangan yang sedang melalui masa yang sukar. Kita sepatutnya menawarkan sokongan," tulisnya.
'Posting' asal di Twitter beliau mengenai gambar itu ditulis berserta kapsyen "Terima kasih MAS, ia adalah satu kejutan yang luar biasa", merujuk kepada tempat duduk kelas perniagaan yang dinaik taraf oleh syarikat penerbangan itu.
Portal Australia telah memalitkan imej tidak baik MAS dalam laporannya dengan berkata syarikat penerbangan itu telah menggunakan rizab tunai untuk meneruskan perkhidmatannya.
Imej-imej dan mesej di Twitter dan Instagram pengguna menunjukkan kerusi kosong digunakan untuk membuktikan kenyataannya.