GEORGE TOWN: Satu percubaan rompakan kali kedua di sebuah bank di Jalan Sungai Dua di sini pada Khamis telah digagalkan apabila seorang pengawal keselamatan menembak mati seorang suspek dan memaksa seorang lagi melarikan diri dengan tangan kosong. Pasangan perompak ini dipercayai orang yang sama yang merompak bank itu pada 29 Mei lalu dan melarikan wang tunai lebih dari RM60,000. Modus operandi mereka pada kali ini adalah sama iaitu menuang petrol di dalam premis dan mengancam untuk membakarnya. Polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan memuji pengawal keselamatan kerana melakukan tindakan pantas. "Dia melakukan tugasnya dengan baik."