Laman web ini diuruskan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan akan menyediakan maklumat dan perkembangan terkini kepada orang ramai mengenai carian.
"Ia merupakan portal rasmi bagi semua berita berkaitan MH370. Kami akan memuat naik foto, berita dan maklumat lain di laman web ini," kata timbalan menterinya Datuk Jailani Johari.
Beliau juga berkata kementerian sedang berusaha memasukkan ciri yang akan membolehkan orang ramai menghantar soalan dan maklum balas mengenai laman web ini.
Laman web ini boleh diakses di www.mh370.gov.my