suria

Lanun Rampas Kapal Tangki Thai Di Pantai Timur

KUALA LUMPUR: Sekumpulan lanun bersenjata menawan sebuah kapal tangki Thai di pantai timur Malaysia dan mengepam minyak keluar daripada kapal tersebut, kata Biro Maritim Antarabangsa pada Jumaat.

Pusat laporan kegiatan lanun Biro Maritim Antarabangsa berkata, insiden berlaku dekat Pulau Tioman di Laut China Selatan pada Khamis ketika kapal tersebut bergerak dari Singapura menuju Thailand.

Anak kapal tersebut dikunci di dalam bilik enjin ketika sekumpulan lanun itu mengepam minyak keluar ke kapal lain.

Namun, kesemua anak kapal tidak dicederakan dan dibebaskan awal pagi Jumaat.

Pusat Pengaduan Lanun yang berpangkalan di Kuala Lumpur enggan mendedahkan nama kapal tersebut dan pemiliknya.

Ia merupakan insiden ke-10 yang berlaku di Laut China Selatan sejak April lalu, kata Noel Choong yang mengetuai pusat itu.

Jumlah tersebut disifatkan sebagai sesuatu yang 'luar biasa'.

"Kami menggesa negara serantau bekerjasama untuk menyiasat dan menghentikan kegiatan ini.

"Kita perlu membanteras insiden ini sebelum ianya menular," katanya. - AFP

lanun, kapal Thai, Laut China Selatan

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan