Pesuruhjaya PAS negeri, Iskandar Abdul Samad berkata buat masa ini pihaknya berpegang kepada pendirian kepimpinan tertinggi parti yang memutuskan untuk meletakkan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Perkara itu kita akan bincang di peringkat dalaman nanti. Namun, keputusannya (calon Menteri Besar) PAS Pusat akan tentukannya," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Iskandar yang juga anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) turut menyangkal dakwaan bahawa beliau merupakan antara calon menteri besar Selangor selain Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam satu kenyataan semalam menegaskan parti itu hanya akan mencadangkan Adun daripada PKR sebagai calon menteri besar Selangor.
Menurut Mustafa, PAS akan mempersembahkan tidak kurang daripada dua nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum 3 September ini