suria

Saham MAS Digantung Pagi Ini

KUALA LUMPUR: Saham dagangan syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) digantung mulai pukul 9 pagi Jumaat berikutan pengumuman penting oleh pemegang saham utamanya, Khazanah Nasional Bhd.


Khazanah yang memiliki hampir 70 peratus saham syarikat penerbangan negara itu dijangka mengumumkan butiran penyusunan semula di bawah cadangan penswastaan.

MAS mencatat kerugian bersih RM307 juta pada suku kedua yang berakhir 30 Jun 2014.

Berikutan itu, kerugian bersih yang dicatat MAS dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini mencecah RM750 juta, iaitu 65 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ia mengalami kerugian bersih buat enam suku tahunan berturut-turut yang dilaporkan oleh MAS, sehari sebelum pemegang kepentingan utamanya, Khazanah Nasional dijadual mengumumkan pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan nasional itu.

MAS, Khazanah Nasional

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain