Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata kejadian itu berlaku semasa pemilik Kedai Kopi Wah Jie, Jalan Lintas Pendek di sini sedang mengagihkan gaji pekerja pada 5.30 petang apabila suspek bersama beberapa rakannya datang menuntut gaji.
"Siasatan awal mendapati suspek merupakan pekerja di tempat tersebut dan tidak hadir bekerja sejak beberapa hari yang lalu.
"Memandangkan suspek mempunyai masalah kehadiran, gaji suspek akan diberikan kepadanya esok," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.
Menurutnya, suspek dan rakan-rakannya dapat melarikan diri bersama wang gaji pekerja dianggarkan berjumlah RM17,000.
Chandra berkata suspek ditangkap di Lintas Jaya kira-kira pukul 3.55 petang semalam.