Azmi, yang juga kolumnis The Star, didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
Dia dilepaskan dengan ikat jamin RM5,000 manakala mahkamah menetapkan perbicaraan pada 3 Oktober.
Di bawah seksyen itu, sesiapa yang melafazkan apa-apa kenyataan menghasut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000, hukuman penjara tidak lebih dari tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ini adalah tuduhan hasutan kedua dibuat terhadap Surendran, yang didakwa menghasut pada 19 Ogos.
Dalam pertuduhan pertama, penyandang Naib Presiden PKR ini didakwa membuat kenyataan mengenai penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes liwat kedua Anwar dalam video YouTube.