Rayer yang juga Ketua Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang bagi kawasan Seri Delima ditahan pada Isnin apabila dia pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk mengendalikan pembebasan ahli-ahli PPS yang ditahan selepas menghadiri perbarisan Hari Kemerdekaan peringkat negeri.
Beliau merupakan wakil rakyat DAP kedua yang ditahan berkaitan isu PPS.
Pengerusi PPS dan Exco negeri Phee Boon Poh yang ditahan pada Ahad telah dibebaskan pada pukul 6.05 petang pada hari berikutnya.
"Bagaimanapun, selepas memeriksa dengan pihak polis, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Polis (ACP) Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan pembebasan telah dibuat pada pukul 4 pagi.
"Rayer kini sedang berehat di rumah," katanya.
Terdahulu, Mior berkata Rayer telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 kerana menjadi ahli pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Kesalahan itu membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara, atau denda RM 5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, semua 156 ahli PPS yang telah ditahan di bawah seksyen yang sama telah dibebaskan pada Isnin.