Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam kejadian pada kira-kira 6.30 petang itu, mangsa dilapor ditinggalkan seorang diri di rumah oleh bapanya yang keluar mengambil adik-beradik yang lain di sekolah.
Beliau berkata ibu mangsa, yang berusia 30-an, pula keluar bekerja.
"Beberapa saksi ada ternampak kanak-kanak itu cuba memanjat balkoni sebelum terjatuh," katanya.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada kira-kira 7.30 malam.
"Identiti mangsa masih dalam siasatan, dan polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.