Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, demonstrasi terbaharu yang akan dianjurkan dengan kerjasama badan pelajar dan beberapa kumpulan lain, merupakan sebahagian daripada langkah untuk memberi tekanan kepada kerajaan supaya memansuhkan akta tersebut.
"Kami akan menggunakan segala kuasa di Parlimen, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), parti di peringkat bahagian dan cawangan untuk menyokong dan menggerakkan kempen ini," kata Rafizi.
Rafizi berkata Ahli Parlimen PKR akan mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat pada persidangan akan datang bagi menuntut supaya Akta Hasutan dimansuhkan dengan serta-merta.
Selain menuntut akta tersebut dimansuhkan, Rafizi menggesa pihak berkuasa untuk menggugurkan semua pertuduhan dibawah akta berkenaan dan menghentikan sebarang usaha untuk memperkenalkan larangan sama dalam mana-mana akta baharu.