Pembantu peribadinya Wong Yue Harng mengesahkan bahawa Wei Aik telah ditangkap di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 berkaitan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang dianggap menyalahi undang-undang.
Sebelum memasuki ibu pejabat polis daerah, Wei Aik berkata beliau tidak pasti sama ada soal siasat itu berkaitan dengan isu PPS.
Beliau menerima panggilan daripada polis pada pukul 10.51 pagi Khamis, memberitahu beliau supaya bertemu ASP Karuna untuk dirakamkan keterangan pada pukul 12.30 tengah hari.
Loone akan disoal siasat pada pukul 3 petang tetapi Boon Poh tidak mendedahkan masa sepatutnya beliau memberi keterangan.
Artikel Loone bertajuk Exco man grilled for four hours, treated like a criminal mendakwa bahawa Boon Poh telah dizalimi semasa ditahan pada Ahad dianggap menghasut.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi berkata Loone, Boon Poh dan portal dalam talian Malaysiakini akan disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 kerana menyiarkan artikel yang dianggap menghasut.
Beberapa buah NGO telah membuat sembilan laporan polis pada Selasa terhadap Loone dan Malaysiakini terhadap artikel tersebut.