KUANTAN: Mayat pelancong Perancis, Jerome Philippe Laurent yang dilaporkan hilang sejak Selasa lepas ditemui petang Khamis. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintandan Johari Jahaya berkata, mayat lelaki berusia 24 tahun itu ditemui kira-kira pukul 2.16 petang, 300 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang. "Rakan mangsa juga telah membuat pengesahan ke atas mayat itu dan mayatnya dihantar ke Hospital Rompin untuk dibedah siasat," katanya kepada Bernama. Lelaki itu dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti snorkeling di hadapan Berjaya Resort Tioman, Pulau Tioman.