Gegaran selama tiga saat itu dirasai di Kunak, Lahad Datu dan daerah Tawau kira-kira pukul 9.15 pagi.
Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin berkata, gegaran berskala 3.9 Ritcher itu adalah lemah dan tidak berbahaya.
"Kami menerima laporan insiden tersebut kira-kira pukul 9.15 pagi dan tiada kerosakan dilaporkan setakat ini," katanya.
Di Kunak, Ketua Polis Daerah Kunak,Supritendan M Radzali Mahmud berkata, beliau berada di pejabatnya membuat beberapa kertas kerja ketika gegaran berlaku.
"Gegaran berlaku lepas pukul 9 pagi dan tiba-tiba saya merasakan diri saya bergegar. Ia hanya gegaran selama dua hingga tiga saat sahaja dan syukur ia hanyalah gegaran kecil," katanya.