suria

Kastam Sedia Kerjasama Dengan SPRM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan 12 pegawai kanannya yang disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan arak dan rokok.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata pihaknya juga tidak akan melindungi sebarang maklumat mahupun pegawai yang disyaki terlibat supaya kes tersebut dapat diselesaikan secara adil, cekap dan pantas.

Pihak JKDM turut melahirkan rasa dukacita atas insiden tangkapan beberapa pegawainya, katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Semalam, SPRM menahan 22 individu, termasuk seorang Pengarah Kastam negeri yang disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan arak dan rokok di Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ).
SPRM, Kastam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain