Oleh itu, beliau berkata, polis tidak harus bersikap selektif dalam menguatkuasakan undang-undang.
"Saya mengatakan bahawa isu keselamatan adalah dibawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan. Malah kita memerlukan bantuan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk, tetapi jangan bersikap biadap dengan menubuhkan sebuah pasukan tanpa merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN)," katanya.
Polis katanya, menghormati kuasa pasukan beruniform di negeri itu tetapi tindakan akan diambil sekiranya mereka melanggar undang-undang.