suria

Lapan Pelancong Asing Ditahan Jalani Aktiviti Maksiat Di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Lapan pelancong dari China, Filipina dan Indonesia  ditahan di lokasi berasingan selepas disyaki melakukan aktiviti maksiat di pusat bandar raya ini.

Wanita pertama berusia 45 tahun dari China ditahan ketika operasi Ops Noda 7.40 malam Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner  M. Chandra berkata, wanita tersebut ditahan di sebuah hotel  di KK Times Square.

"Satu kondom yang telah digunakan dijumpai dan beberapa lagi yang baharu serta wang tunai RM150 dirampas di presmis tersebut," katanya.

Wanita kedua juga dari China ditahan di Karaoke Lounge di Kepayan, tidak jauh dari pusat bandar raya pada pukul 11.50 malam, hari yang sama.

"Wanita berusia 37 tahun ditemui bersama dua keping kondom yang belum diguna bersama duit RM150,"  jelas Chandra.

Manakala operasi ketiga yang dibuat di sebuah pusat hiburan di Cyber Square selepas tengah malam Sabtu menyaksikan tujuh orang ditahan termasuk seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun yang menjaga penjaga premis itu, manakala lima lagi adalah wanita warganegara Filipina berusia 24 hingga 38 tahun (tiga daripada mereka tidak ada dokumen diri) serta seorang wanita Indonesia berusia 27 tahun turut ditahan.

"Semua tangkapan ditahan reman," jelas Chandran sambil menambah tiga daripada yang ditahan menggunakan visa pelancong.

Tambahnya, seramai 44 orang turut disiasat dan menjalani ujian air kencing ketika operasi itu dijalankan.

"Seorang wanita dan tiga lelaki didapati positif dadah," katanya.

pelancong asing, maksiat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain