Beliau berkata ini adalah amat mustahak kerana terdapat unsur-unsur tidak bertanggungjawab yang ingin melihat perpecahan terjadi dalam kalangan rakyat.
"Pastinya, dalam kita meraikan peristiwa yang penting seperti ini, kita semua sewajarnya memperkukuhkan lagi kebersatuan antara sesama kita sebagai rakyat Malaysia.
"Sekali lagi, kita dapat menyambut Hari Malaysia dalam keadaan aman dan makmur," katanya dalam posting terbaharu di laman blog www.1Malaysia.com.my bersempena sambutan Hari Malaysia ke-51, Selasa.
Sambutan Hari Malaysia di Sarawak turut menggunakan tema 'Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' kerana ia bersifat universal untuk seluruh rakyat Malaysia.