Pengarah Perhilitan Melaka Noorzakiahanum Mohd Noh berkata rampasan dilakukan sepasukan unit penguatkuasa berdasarkan risikan dan maklumat orang ramai kira-kira 3.30 petang.
Beliau berkata haiwan yang dirampas ialah seekor ular spesis Ball Python, ular Sawa Batik, ular Sawa Batik Albino, ular spesis Copper Head Racer dan seekor iguana.
"Kita masih menyiasat sama ada haiwan ini dijadikan peliharaan atau untuk dijual," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.